blink klik

Menjadi  tanggungjawab saya, untuk memastikan pelanggan saya  di lindungi dan faham benefit apa yang  mereka bayar. Saya akan cuba untuk menerangkan dalam bentuk paling mudah supaya mereka akan tahu apa yang boleh dituntut dalam polisi Takaful/Insuran lebih lebih lagi Prudential BSN Takaful polisi. Terdapat 5 manfaat pampasan utama:

1. Manfaat Kemalangan
Ini biasanya di letakkan dalam perlindugan asas atau utama. Ia meliputi hilang upaya kekal dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja. Kemalangan termasuk kemalangan kereta, jatuh, dan lain-lain Biasanya ia membayar dua kali ganda jumlah jumlah diinsuranskan jika kematian akibat kemalangan yang berlaku di sebuah pengangkutan awam (bas, kapal terbang penumpang, LRT)
Ia adalah lebih murah untuk mendapatkan polisi kemalangan ini sebagai pelan tunggal daripada syarikat-syarikat Insurans Am.
Kebanyakkan orang hanya mempunyai jenis ini secara tak sedar.Kenapa ??inilah pelan yang biasa dijual di dalam talian atau telemarketing, sedar tak sedar pemotongan di akaun bank anda telah di buat.bila anda kata setuju. Anda tidak menyedari bahawa anda benar-benar pergi ke medan  perang dengan senapang tanpa peluru, tanpa kalis jaket, tiada topi keledar, tadak apa-apa! Jika anda hanya ada pelan ini sahaja.

 

2. Manfaat Hospital dan Pembedahan (Medical card / Kad Perubatan )

Manfaat ini meliputi semua atau kebanyakan jika tidak semua perbelanjaan perubatan anda di hospital.
Kos harga Bilik dan katil RM150/200/500/1000 sehari .Mempunyai Harga Limit Tahunan dan Seumur Hidup dari 70 ke 100 tahun. Kad Perubatan bukanlah kad kredit dan ia tidak mempunyai wang di dalamnya! Jika ia adalah kes genuine, tidak akan ada masalah untuk mendapatkan Surat Jaminan daripada syarikat Takaful apabila anda dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, Syarikat insuran/Takaful  mempunyai hak untuk menyiasat sebelum mereka membayar tuntutan. Sebenarnya terdapat berbagai-bagai jenis kad perubatan,semuanya baguih dan the best in the world bak kata ejen-ejen ,,yang tak baguih nya  tuu syarikat insurance/takaful  depa tuuu..Sebab itu penting  berjumpa ejen tahap mahguru  untuk mengetahui  Rahsia dan TIPS memilih kad perubatan

 

3. Pampasan 36 Penyakit Kritikal ( Serangan Jantung,strok,cancer dan lain-lain)

Ia berbeza dari kad perubatan. Manfaat ini dibayar secara sekaligus ke akaun kita atau dalam bentuk cheque, tetapi tidak ke hospital. Tujuan manfaat ini adalah untuk menggantikan daripada kehilangan pendapatan apabila kita mengambil cuti panjang untuk rawatan perubatan.dan juga ubat-ubatan luar/suppliment selepas membuat major pembedahan etc kimoterapi dan major surgery.

Nasihat saya jumpa lah ejen yang boleh memberi penjelasan tentang tahap dan definasi pada pampasan ini.kerana pampasan 36 penyakit telah di “standardized” oleh Life insurance Associate Malaysia Pada Tahun 2002 dalam satu definasi dan tahap  bagi semua syarikat insurance/Takaful di malaysia

 

4. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
TPD-Total permenant Disablement atau hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah kes yang sangat kritikal. Selepas seseorang menjadi TPD, ia boleh ditakrifkan bahawa dia kehilangan upaya untuk mencari nafkah mahupun meneruskan kehidupan lebih lebih lagi mempunyai tanggungngan yang ramai. Terdapat 2 bentuk manfaat bagi TPD:
a) Sekali Gus – manfaat ini biasanya disertakan apabila anda membeli polisi untuk 36 Penyakit Kritikal.
b) Anuiti/Tahunan – Ini adalah pampasan yang berasingan yang akan membayar anda pampasan tahunan. Anda juga boleh mendapatkan perlindungan dari Prudential BSN secara tahunan iaitu Disability Provider . Walau bagaimanapun terdapat had maksimum setahun bagi setiap hayat yang diinsuranskan bagi setiap syarikat insurans dan Takaful. Jika pendapatan anda adalah lebih daripada itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli polisi yang berbeza daripada syarikat insurans yang berbeza untuk mendapatkan perlindungan menyeluruh.
5. Kematian Semulajadi
Tidak kira bagaimana anda mati, company masih akan membayar kepada keluarga anda manfaat kematian ini,jika di Prudential BSN bentuk pampasan boleh di hibahkan kepada waris.Terpulang kepada komitmen individu dan berapa banyak pampasan mahu di berikan kepada waris. Sebagai contoh, seorang bapa mempunyai isteri menjaga anak 1 tahun sepenuh masa, ia adalah dinasihatkan untuk diinsuranskan untuk sekurang-kurangnya perbelanjaan keluarga sehingga 25 tahun.atau pon boleh juga dikaitkan dengan liability/hutang anda .

-Contoh  Gaji bulanan Suami =RM5000, Isteri=RM4000

 Perbelajaan bulanan keluarga sebanyak RM 8000 setiap bulan di perlukan,

Dan si suami pula telah di takdirkan meninggal  akibat sakit jantung,

Adakah perbelajaan isteri tergangu  untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak????jawapan nya ada pada anda..inilah amanah yang perlu ditunaikan

Pampasan Kematian inilah sebenarnya dikira untuk mengganti kan pendapatan suami

Nak tahu pelan lebih lanjut jom belanja saya teh tarik, nasihat percuma saya berikan.

blink klik

Mohd Zaid HAshim – 012 5323314

http://Zaidhashim.wasap.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s