Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum setinggi RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).

2. Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.

3. Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda didiagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:
KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit
• Measles
• Chikungunya Fever
• Hand Foot Mouth Disease
• Typhoid Fever
• Rabies

KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit
• Zika Virus
• Ebola
• MERS-CoV
• SARS
• Malaria
• Creutzfeldt – Jakob Disease
• Influenza A – Avian Influenza AH7N9 & AH5N1
• Nipah Virus Encephalitis
• Japanese Encephalitis

4. Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.

5. Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.

6. Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.

7. Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta2.

8. Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan.

9. Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.